Lebih bersifat inklusif, pragmatik
Iklan
Ismail Sabri (kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed menunjukkan dokumen RMK12 di Bangunan Parlimen pada Isnin. -Foto Bernama
Namun tiada pembaharuan untuk keluar daripada kegawatan dengan lebih cepat
SHAH ALAM - Pakar ekonomi berpendapat pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu lebih bersifat inklusif ke arah mewujudkan negara berpendapatan tinggi.
Pakar ekonomi daripada Asia e-University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata, ia dapat dilihat apabila kerajaan akan mengurangkan jurang pembangunan ekonomi antara negeri, wilayah termasuk Sabah dan Sarawak.