MoU transformasi boleh berjaya
Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) ketika sesi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Transformasi Dan Kestabilan Politik Di Antara Kerajaan Persekutuan Dan Pakatan Harapan pada 13 September lalu. - Foto Bernama
SEJAK kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September lepas, terdapat kekeliruan dan kekaburan.
Ini tidaklah menghairankan kerana inilah kali pertama dalam sejarah negara sebuah dokumen seperti itu dimeterai antara kerajaan dengan Pembangkang. Lagi pun ia berlaku dalam rentak yang sangat laju.