Kabinet bipartisan, jika Ismail Sabri mahu kekal PM
Iklan
Ismail Sabri dilaporkan mendapat 114 sokongan untuk menjadi PM, namun ramai yang melihat angka itu terlalu rapuh.
SHAH ALAM - Seorang pakar perlembagaan berpandangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu membentuk sebuah barisan kabinet baharu bersifat inklusif serta bipartisan, sekiranya beliau disahkan menjadi Perdana Menteri kesembilan kelak.
Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik, Universiti Malaysia Pahang (ITKAS), Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain berkata, hal ini kerana sekalipun beliau memiliki sokongan majoriti ahli Parlimen berbentuk surat akuan bersumpah (SD), penentuan sebenar nasib Ahli Parlimen Bera itu adalah melalui proses keabsahan Perdana Menteri pada sidang Parlimen kelak.