Undang-undang yang bercanggah
Iklan
Buat masa ini Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-Undang Sivil 1956 menyatakan tentang pemakaian undang-undang lazim di England sekiranya berlaku kelompangan dalam undang-undang negara. Ia bermakna undang-undang lazim England mestilah dipakai jika terdapat lompong dalam undang-undang di Malaysia. Gambar hiasan 123rf.
TUN Ahmad Fairuz Syeikh Abdul Halim, bekas Ketua Hakim Negara pernah dilaporkan berkata, undang-undang lapuk Inggeris perlu digantikan dengan undang-undang lazim Malaysia yang berteraskan kepada syariah.
Beliau menegaskan apa-apa yang bercanggah dengan Islam adalah tidak berperlembagaan kerana Islam telah dinobat sebagai ‘agama bagi Persekutuan’ seperti termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.