Mindef jelas isu kelewatan penghantaran helikopter MD530G
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kelewatan penghantaran enam unit helikopter tempur ringan MD530G yang melibatkan projek bernilai RM321.9 juta, adalah disebabkan pelbagai isu teknikal berkaitan dengan Syarikat Pembuat Asal (OEM).
Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, semasa pembinaan, kerajaan telah mengkaji semula kesesuaian alatan serta spesifikasi helikopter itu dan mendapati pindaan serta perubahan perlu dibuat agar aset yang diterima itu memenuhi keperluan agensi.
Iklan
Iklan
"Berdasarkan kepada kontrak asal, syarikat telah gagal mematuhi obligasi utamanya iaitu menghantar enam buah helikopter. Tarikh penghantaran bagi helikopter tersebut juga telah dipinda sebanyak tiga kali, namun tiada sebuah helikopter pun yang telah diserahkan kepada kerajaan sehingga hari ini.
"Kerajaan pula telah memenuhi obligasi dengan membuat pembayaran kepada syarikat sebanyak RM112.6 juta yang bersamaan dengan 35 peratus daripada RM321.9 juta nilai keseluruhan kontrak iaitu sehingga bayaran milestone keenam," demikian kata kenyataan itu.
Iklan
Selain itu, Mindef sedang mengkaji maklumat dan maklum balas yang diterima daripada semua pemegang taruh (pemegang amanah) bagi memuktamadkan hala tuju mengenai perolehan helikopter ini.
"Kerajaan telah mengenal pasti beberapa opsyen yang boleh diambil bagi menangani permasalahan perolehan ini dan akan memastikan sebarang keputusan yang diambil hanya akan menyebabkan kerugian paling minima kepada kerajaan," katanya.
Iklan
Oleh itu, kerajaan juga tidak akan terpengaruh dengan tekanan daripada mana-mana pihak mengenai perolehan ini.
Pada 5 September lepas, Tentera Darat dijangka memperoleh helikopter tempur ringan jenis MD 530-G secara berperingkat awal tahun depan. Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>