Pengilang beras Melayu rayu kerajaan beri hak import beras
Iklan
Sebahagian ahli PPBMM menunjukkan surat supaya hak import beras diberikan kepada kepada mereka demi memulihkan kilang Melayu yang tenat pada sidang media PPBMM di sini hari ini.
ALOR SETAR - Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM) merayu kerajaan memberikan 30 peratus hak mengimport beras kepada mereka bagi membolehkan kilang yang bermasalah kembali pulih.
Yang Dipertua PPBMM, Mohamad Termizi Yop berkata, sehingga kini hanya lapan buah kilang Melayu sahaja masih beroperasi seluruh negara berbanding 203 kilang sejak 1996.
Iklan
Iklan
Menurutnya, beliau menyifatkan penyertaan mereka sebelum monopoli Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) tamat pada 2021 amat penting bagi mewujudkan persaingan secara lebih sihat.
"Jadi kerajaan dirayu supaya dapat mempertimbangkan permohonan kami supaya hak import beras dapat diberikan kepada PPBMM demi membolehkan kilang-kilang terbabit pulih kembali dalam tempoh dua tahun.
Iklan
"Sehingga kini kami berdepan dengan pelbagai belenggu masalah hutang malah ada yang diheret ke mahkamah disebabkan hasil kisaran tidak dijual ekoran lambakan beras import," katanya pada sidang media di pejabat PPBMM di sini hari ini.
Menurutnya, kilang beras Melayu yang masih wujud kini dikhuatiri akan lenyap sekiranya pengilang beras Melayu terus gagal membayar hutang kepada bank, BERNAS dan lain-lain.
Iklan
Beliau berkata, pengilang beras Melayu juga mampu melaksanakan perniagaan terbabit sekali gus kerajaan dirayu tidak hanya memberi hak mengimport kepada syarikat besar sahaja.
Katanya, beliau berharap pihak berkenaan tidak beranggapan bahawa pengilang beras Melayu akan 'mengalibabakan' permit import (AP) yang akan diberikan berkenaan.
"Kami sekali-kali tidak akan berbuat demikian kerana perniagaan diusahakan selama ini rata-ratanya sudah masuk generasi ketiga, kami hanya tuntut supaya perniagaan kami dapat diteruskan," katanya.
Beliau berkata, mereka supaya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub dapat berjumpa dengan dan mendengar sendiri masalah sebenar dialami selama ini.
Katanya, pihaknya sememangnya pernah membuat perjumpaan dengan beliau pada Julai tahun lepas dan dijanjikan akan dibantu namun sehingga kini belum ada berita mengenai tindakan yang akan diambil.
Kira-kira 40,000 daripada 60,000 pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) masih belum menerima baja tiga (tambahan) sekali gus dikhuatiri menjejaskan hasil padi pada musim ini,a lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Pengerusi Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, setakat ini hanya kira-kira 20 peratus atau 120,000 daripada lebih 600,000 kampit baja tiga sudah diedarkan kepada pesawah di 27 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di kawasan MADA.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791887/edisi/utara/40000-pesawah-mada-masih-belum-terima-baja-tambahan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.