Kerajaan percepat usaha nyah jenayah dadah: Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq ketika ditemui di lobi Parlimen di sini hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mempercepatkan usaha dekriminalisasi (menyahjenayah) penagih dadah menerusi penubuhan jawatankuasa khas bagi menangani masalah itu secara efektif dan komprehensif.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, jawatankuasa itu dianggotai Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Setiausaha Negara ditubuhkan atas arahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Iklan
Iklan

"Isu ini telah dibangkit dan dibincangkan secara mendalam berkenaan usaha kerajaan untuk menyahjenayah penagihan dadah. Pada mesyuarat kabinet yang lepas, kabinet telah bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mempercepatkan proses ini.

Beliau berkata, berdasarkan statistik 2018, sebanyak 18,967 kes penagihan dadah melibatkan anak muda iaitu tiga kali ganda berbanding 6,300 kes golongan dewasa.

Iklan

Katanya, tiba masa kerajaan fokus kepada pemulihan bukannya hukuman memandangkan ramai penagih dari kalangan keluarga miskin sehingga terpaksa mengaku salah dan dipenjarakan.

Ditanya bagaimana kerajaan akan mengasingkan antara penagih dadah, penyalahguna dan pengedar, beliau berkata, jawatankuasa itu akan mengambil kira beberapa perkara termasuk piawaian antarabangsa.

Iklan

Pada Jun lepas, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengumumkan kerajaan merancang menjadikan isu pemilikan dan penggunaan dadah sebagai bukan lagi kesalahan jenayah.

Katanya, isu penggunaan dan ketagihan dadah perlu dilihat dari aspek perubatan. - Bernama