Negeri Sembilan jamin pendidikan enam beradik
Iklan
Shahrul Izuan (dua dari kiri) melawat waris Allahyarham Kamarul Sharizam.
SEREMBAN – Kerajaan negeri akan memastikan enam anak kepada Allahyarham Kamarul Sharizam Kamarudin yang meninggal dunia selepas pulang daripada menunaikan umrah baru-baru ini mendapat pendidikan sempurna.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Mokhtar Ahmad berkata, beliau telah diarah Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai keluarga berkenaan selepas berita mengenainya dilaporkan.
Iklan
Iklan
"Mereka memerlukan bantuan bulanan secara berterusan dan buat masa ini, kami nampak bantuan untuk RMT (Rancangan Makanan Tambahan) di sekolah dan bantuan pengangkutan ke sekolah sebanyak RM50 sebulan akan diusahakan,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, agensi pelancongan, Emraz Travel dan Tour yang membawa Allahyarham menunaikan umrah berhasrat menjadikan enam anaknya sebagai keluarga angkat agensi itu.
Iklan
Ketua Pegawai Operasinya, Shahrul Izuan Shafie berkata, pihaknya rasa bertanggungjawab untuk membantu selepas melihat anak-anak Allahyarham yang masih kecil.
"Tambahan pula kita berhasrat menubuhkan Yayasan Emraz bertujuan membantu mereka yang memerlukan dan anak-anak Allahyarham akan dijadikan sebagai projek keluarga angkat pertama kami,” katanya.
Iklan
Kamarul Sharizam meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) selepas pulang menunaikan umrah pada jam 5.05 petang, Selasa lalu sebaik tiba di hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu tidak sihat.
Sebelum ini Allahyarham menguruskan sendiri enam anaknya meskipun mengalami empat penyakit selain sudah berpisah dengan isteri.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.