Mangsa banjir di Johor meningkat 91 orang

Iklan
Keadaan rumah mangsa banjir di Kampung Maju Jaya Pontian. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa yang terjejas akibat banjir kembali meningkat kepada 91 orang daripada 21 keluarga selepas satu pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Pontian dibuka semula.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, setakat jam 8 pagi ini, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya itu menempatkan penduduk dari lima kampung yang dibuka pada jam 6.45 petang semalam.

Iklan
Iklan

Katanya, mangsa yang terlibat penduduk dari Kampung Melayu Raya, Kampung Paya Embun, Kampung Maju Jaya, Kampung Sepakat Jaya dan Kampung Pak Khalid.

"Seramai 75 mangsa daripada 18 keluarga dari lima kampung ini ditempatkan di PPS ekoran hujan lebat bermula jam 3 petang semalam.

Iklan
Iklan

"Selebihnya, 16 mangsa daripada tiga keluarga di Batu Pahat yang mengalami kejadian ribut,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. - Bernama