Saya mohon maaf kepada seluruh kepimpinan Pas: Zahid

Iklan
Kepimpinan tertinggi daripada kedua-dua parti bersama hadirin menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi UMNO dan Pas. - Foto ihsan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh kepimpinan Pas pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) peringkat Terengganu di Stadium Negeri malam tadi.

Menurutnya, kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu bukan sekadar takdir malah ketentuan ALLAH SWT.

Iklan
Iklan

"Mungkin ALLAH SWT mahu turunkan pengajaran disebabkan kifarah kesilapan yang berlaku sejak 61 tahun.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada seluruh akar umbi parti dapat mengetepikan perbezaan pendapat demi mengembalikan maruah Islam dan Melayu di negara ini.

Iklan
Ahmad Zahid bersama Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang tiba di Stadium Negeri, malam tadi. - Foto ihsan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)

"Tiada beza sama ada berkopiah putih atau bersongkok hitam, kita semua adalah satu ummah dan satu perjuangan.

"Ketepikan perbezaan pendapat dalam kalangan kita, apabila kita mahu bertasawwur (konsep kehidupan Islam) perkara pokok yg perlu ada pada diri kita ialah keikhlasan.

Iklan

"Keikhlasan dalam hubungan yang terjalin antara UMNO dan Pas ini bukan sekadar retorik semata-mata, kita menuju satu matlamat yang sama demi penyatuan ummah," katanya./p>

Ahmad Zahid (dua dari kanan) bersama kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas menyaksikan majlis menandatangani pembentukan jawatankuasa Permuafakatan Nasional peringkat Terengganu sempena HPU malam tadi. - Foto ihsan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)
<

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyatakan kesediaan dan mengalu-alukan sekiranya Muktamar Tahunan Pas pada tahun depan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Ahmad Zahid (dua dari kanan) bersama kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas menyaksikan majlis menandatangani pembentukan jawatankuasa Permuafakatan Nasional peringkat Terengganu sempena HPU malam tadi. - Foto ihsan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI)

"Saya pernah berbisik kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sekiranya Muktamar Pas tahun depan mahu berpindah ke PWTC, 'ahlan wasahlan'.

"Kita berusaha, bertawakal dengan izin-Nya, Putrajaya sudah mesti milik kita dalam PRU15," katanya.

Terdahulu, sejarah tercipta setelah kedua-dua parti itu membuka lembaran baharu setelah mengisytiharkan pembentukan Muafakat Nasional yang membawa agenda penyatuan ummah di PWTC pada 14 September lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ribuan hadiri HPU UMNO-Pas peringkat Terengganu