Ribuan hadiri HPU UMNO-Pas peringkat Terengganu

Iklan
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Stadium Negeri sempena HPU peringkat Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Ribuan hadirin membanjiri Stadium Negeri malam ini bagi menyaksikan Himpunan Penyatuan Ummah (HPU) UMNO-Pas Peringkat Terengganu.

Orang ramai dilihat mula membanjiri stadium ini seawal jam 6 petang tadi bagi menyaksikan detik bersejarah HPU UMNO dan Pas yang diadakan buat kali pertama di negeri ini.

Iklan
Iklan

Kebanyakan yang hadir mengenakan pakaian berwarna putih bagi menzahirkan sokongan terhadap semangat penyatuan antara dua parti besar Melayu, UMNO dan Pas.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Stadium Negeri sempena HPU peringkat Terengganu.

Iklan

HPU dihadiri kepimpinan tertinggi daripada kedua-dua parti iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden Pas, Idris Ahmad dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang dan Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Said.

Iklan

Ahmad Zahid bersama Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang tiba di Stadium Negeri, malam ini.

HPU peringkat Terengganu dijadualkan bermula seawal jam 6 petang tadi dengan ketibaan tetamu jemputan dan hadirin dan dijangka tamat jam 11.45 malam.

Sebelum majlis berlangsung malam ini, kesemua yang hadir menunaikan solat Isyak dan solat hajat berjemaah di Stadium Negeri.

Kesemua hadirin menunaikan solat Isyak dan solat hajat berjemaah.