Wan Ahmad Fayshal semakin sihat, akan bahas Belanjawan 2027 minggu depan

Iklan
Hamzah berkongsi keadaan terkini Wan Ahmad Fayhsal di Facebook.

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dijangka kembali membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat minggu depan selepas keadaan kesihatannya semakin baik.

Perkembangan itu dimaklumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah. Syukur kesihatan adinda saya WAF bertambah baik.

"Insya-ALLAH, minggu hadapan dia akan membahaskan Belanjawan 2027. Machang is back," katanya.

Iklan

Wan Ahmad Fayhsal sebelum ini dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan kecemasan pada 7 Oktober lalu selepas dilaporkan tidak sedarkan diri.

Beliau memaklumkan, kejadian itu berlaku ketika membantu menyiapkan tugasan sekolah anaknya pada awal pagi, sebelum tidak sedarkan diri sehingga kira-kira jam 6 petang.

Iklan

Pada 9 Oktober, Wan Ahmad Fayhsal dilapor dibenarkan keluar dari Unit Neurologi hospital berkenaan dan akan menyambung tugas di Dewan Rakyat selepas mendapat rehat secukupnya.