Tun M digesa tinggalkan PH jika sayangkan Melayu: Asyraf Wajdi

Iklan
Dr Asyraf Wajdi

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad digesa keluar Pakatan Harapan (PH) jika benar-benar sayangkan penyatuan Melayu.

Gesaan itu disuarakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang melihat Muafakat Nasional adalah pakatan yang mampu meningkatkan kembali maruah Melayu.

Iklan
Iklan

"Yang menuduh itu (rasis) adalah rakan kongsinya dalam PH iaitu DAP. Jadi, saya menggesa Dr Mahathir, kalau beliau masih sayangkan Melayu, beliau harus tunjukkan maruah dan keluar daripada PH.

"Tinggalkan rakan kongsinya dan bersama-sama dengan Muafakat Nasional iaitu UMNO dan Pas. Itu sahaja cara yang boleh menyelamatkan maruah Melayu yang sebenarnya,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Iklan

Asyraf berkata, Dr Mahathir sebagai pejuang Melayu boleh terus meninggalkan PH selepas DAP yang jelas menuduh Kongres Maruah Melayu itu sebagai rasis.

"Takkan beliau mahu terus bersama dengan orang yang menikam belakangnya. Dia sebagai pejuang Melayu, dia boleh meninggalkan PH,” katanya.

Iklan