Betul ke ramai ahli PKR keluar parti?
Iklan
Zuraida Kamaruddin
PUTRAJAYA – Dakwaan kononnya Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali kini sedang mengetuai gerakan untuk anggota keluar parti hanyalah satu khabar angin, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin.
"Khabar angin adalah khabar angin,” kata Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika ditanya wartawan berhubung dakwaan tersebut.
Iklan
Iklan
Mengulas juga desas-desus pertemuan anggota PKR yang didakwa membincangkan mengenai calon Perdana Menteri, Zuraida menyatakan beliau tidak pasti berhubung perbincangan itu dan meminta polemik isu jawatan perdana menteri dihentikan.
"Mari kita maju ke hadapan, buat kerja masing-masing dan lihat apa yang akan berlaku dua tahun akan datang," katanya ketika ditemui selepas hadir ke Program Promosi Tempat Makan sebagai Tempat Dilarang Merokok dan Majlis Pelancaran Program Restart (Restoran Tanpa Asap Rokok dan Tembakau) di sini hari ini.
Iklan
Berhubung laporan sebuah blog kononya Pendaftar Pertubuhan (ROS) bakal menggantung PKR kerana berlaku penipuan dalam pemilihan parti itu baru-baru ini, Zuraida berkata PKR belum menerima sebarang notis daripada ROS.
"Saya tidak baca lagi artikel berhubung perkara itu tetapi apa-apa pun sebarang aduan harus dibuat mengikut prosedur dan saluran yang betul termasuk daripada segi proses," katanya, sambil menambah isu berkaitan pergantungan jika ada akan dijawab oleh Setiausaha Agung PKR. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>