Jejantas runtuh: Pemandu lori tersepit

Iklan
Anggota penyelamat sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kejadian itu.

SHAH ALAM - Seorang pemandu lori tersepit selepas melanggar sebuah jejantas dalam satu kejadian yang berlaku berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun pada jam 10.30 malam tadi.

Difahamkan, jejantas tersebut dipercayai runtuh selepas mangsa terlibat tidak menutup 'bucket' lori berkenaan dan melanggar jejantas terbabit.

Iklan
Iklan

Buat masa ini, anggota penyelamat sedang berusaha bagi mengeluarkan mangsa terlibat dengan menggunakan kren bersama bantuan beberapa agensi berkaitan.

Selain itu, keadaan struktur jejantas berkenaan yang tidak selamat dan cuaca hujan menyebabkan operasi menyelamat berdepan sedikit kesukaran.

Iklan
Iklan

Sinar Harian akan membawakan perkembangan terkini berhubung operasi menyelamat tersebut dari masa ke semasa.