TEKUN Nasional salur hampir RM285 juta bantu usahawan

Iklan
TEKUN Nasional

KUALA LUMPUR - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyalurkan pembiayaan berjumlah RM284.6 juta tahun ini yang memberi manfaat kepada 18,724 usahawan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli berkata, sehingga bulan ini, seramai 568 usahawan India menerima manfaat daripada Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India (SPUMI) melibatkan nilai pembiayaan RM10.8 juta.

Iklan
Iklan

Beliau menjawab soalan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang ingin tahu tindakan kerajaan membantu pengusaha perniagaan kecil-kecilan dalam menghadapi kelembapan ekonomi dunia ketika ini.

TEKUN Nasional juga katanya, melaksanakan program pembangunan usahawan dalam bidang kemahiran khusus seperti ukiran kayu dengan penglibatan sembilan usahawan membabitkan pembiayaan sebanyak RM285,000.

Iklan

"Kita turut membiayai projek fertigasi pertanian di Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM400,000 yang memberi manfaat kepada seramai 20 peserta,” katanya.

Jelasnya, pada masa sama Bank Rakyat turut menawarkan kemudahan pembiayaan bagi menyokong pembangunan usahawan mikro termasuk dengan menawarkan program pembiayaan Modal Usahawan Kecil (MusK) dan Micro Enterprise Fund (MEF).

Iklan

Katanya, seramai 7,024 orang telah menerima manfaat daripada kemudahan ini dengan pembiayaan berbaki RM84 juta. - Bernama