Festival Batik Ganu Kite di NACC
Iklan
Wan Mohd Hafiz (tiga dari kanan) menunjukkan lakaran batik yang akan diwarna peserta.
KUALA TERENGGANU – Kira-kira 700 pelajar sekolah menengah, rendah, tadika dan orang awam akan berkumpul di Nor Arfa Craft Complex (NACC) Batik Pavilion, Chendering bagi menjayakan pertandingan mewarna batik sempena Festival Batik Ganu Kite pada 13 dan 14 November nanti.
Pertandingan mewarna batik yang boleh dianggap terbesar pernah diadakan di Terengganu itu bakal berlangsung sempena Pertandingan Piala Batik Arfa 2019.
Iklan
Iklan
Pengarah Urusan NACC Batik Pavilion, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin berkata, pertandingan itu menjadi aktiviti utama dalam festival ini bagi memupuk kecintaan batik dalam masyarakat terutama pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi.
"Tahun lepas kita hanya buka kepada 400 peserta sahaja, kali ini kita buat sampai 700 peserta dan boleh dikatakan pertandingan mewarna batik terbesar pernah buat di sini,” katanya dalam siding media di NACC Batik Pavilion semalam.
Iklan
Antara aktiviti lain yang diadakan sepanjang dua hari program berlangsung adalah cabutan bertuah, pertandingan Beyblade, pertunjukan dome, fun games, trak makanan, derma darah dan jemputan khas penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus.
Para pemenang bakal menerima wang tunai, piala dan sijil penghargaan dan hadiah seperti barangan elektrik, basikal, baucar penginapan, baucar makanan dan hamper turut disediakan kepada mereka yang memenangi cabutan bertuah.
Iklan
Menurut Wan Mohd Hafiz, pihaknya turut mengadakan jualan akhir tahun dengan potongan harga antara 10 hingga 50 peratus bagi barangan terpilih sepanjang program berlangsung sebagai penghargaan kepada pelanggan NACC.
"Festival ini sebagai satu sokongan kepada kerajaan untuk menarik minat pelancong ke Terengganu selain mencari pelapis bagi industri seni batik,” katanya.
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal