Elak ahli Parlimen tak cukup korum: Nik Nazmi
Iklan
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berpendapat semua wakil rakyat harus memberikan komitmen terhadap tugas mereka di Parlimen.
Begitupun, beliau tidak menafikan wakil rakyat terutamanya menteri menghadapi masalah dari segi penjadualan.
Iklan
Iklan
"Kelemahan kita mungkin daripada segi penjadualan dan kita tidak nafikan bahawa menteri ada tugas dan jadual, cuma sejauh mana dipatuhi adalah perkara kedua.
"Untuk kelab penyokong kerajaan, saya rasa mereka boleh lihat kita buat jadual supaya sekurang-kurangnya ada korum dalam kalangan ahli Parlimen kalau tidak ada di dalam dewan, pastikan ada di sekitar.
Iklan
"Sekiranya tidak cukup korum, boleh bergegas masuk ke dewan. Ini belum disediakan lagi. Ia boleh disediakan supaya isu tidak cukup korum tidak timbul lagi,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini semalam.
Menurutnya, beliau akan mencadangkan perkara itu kepada pihak berkaitan selepas ini.
Iklan
"Saya akan cadangkan dan bahagian jemaah menteri dan kelab penyokong akan sokong jika isu kurang korum timbul nanti.
"Semua pihak sibuk dengan acara di luar Parlimen tapi ada masa bila Ketua Pembangkang berbahas, seharusnya menteri hadir,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>