KUALA LUMPUR - Pihak Prasarana dan RapidKL akan mengadakan satu kerjasama strategik dengan syarikat operator bas dalam memperluas dan menambah baik perkhidmatan bas mini yang membuat kemunculan semula di ibu negara bulan lepas.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia berikutan perkhidmatan tersebut mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai dengan purata 1,200 penumpang sebelum ini telah meningkat kepada 1,800 penumpang setiap hari di laluan T304 (Ampang Point ke Bukit Indah).