Tangkap pengedar dadah: Polis jumpa bom, 600 biji peluru
Iklan
GEORGETOWN - Polis menjumpai dua butir bom tangan dan lebih 600 butir peluru pelbagai jenis di dalam sebuah stor pili bomba di pangsapuri Taman Sinar Bukit Dumbar di sini malam tadi.
Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang menemukan kesemua bom tangan dan peluru itu selepas menahan seorang lelaki dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah.