'Kami reda dengan pemergiannya'

Iklan
Ibrahim (tengah) menerima ucapan takziah daripada pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri Pahang. Gambar kecil: IBRAHIM

KUANTAN -"Saya sekeluarga reda dengan pemergiannya dan bangga dengan pencapaian Allahyarham," kata bapa kepada kepada Allahyarham Leftenan Muda (M) Mohamad Ikmal Ibrahim, 30, yang meninggal dunia akibat virus zika pagi semalam.

Ibrahim Abdul, 60, berkata, mereka sekeluarga menerima ketentuan itu dengan hati terbuka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pencapaian anak ketiga daripada tujuh beradik itu amat membanggakan seluruh keluarga kerana menyertai latihan asas pasukan khas laut (Paskal).

"Arwah mengikut jejak langkah saya kerana saya dulu adalah anggota tentera dari pasukan elit (komando).

Iklan

"Saya sendiri pun tidak tahu yang arwah menjalani latihan terbabit sehinggalah diberitahu isterinya (Siti Salbiah Roslie) selepas sebulan dia mengikuti latihan itu," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin awal pagi tadi.

Ibrahim berkata, Mohamad Ikmal adalah seorang anak yang cekal dan memberikan khidmat terbaik setiap kali menjalani kursus di pusat latihan Maritim mahupun dalam perkhidmatan.

Iklan
Isteri Allahyarham Siti Salbiah menyiram air di pusara suaminya.

Katanya, Allahyarham juga seorang anak yang kuat pegangan agamanya.

"Arwah rajin solat dan berpuasa meskipun sedang menjalani latihan dan amat sayangkan kami sekeluarga," katanya.

Allahyarham Mohamad Ikmal yang bertugas di KM Nusa Maritim Terengganu dilaporkan meninggal dunia kira kira jam 4.45 pagi semalam selepas dirawat di Hospital Seri Manjung, Perak pada 12 Oktober.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Rangin kira-kira jam 7.15 pagi tadi selepas tiba di Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap, di sini pada jam 5.45 pagi.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Salbiah Roslie dari Rejimen Askar Jurutera DiRaja.

Allahyarham merupakan korban pertama akibat virus zika di negara ini tahun ini dan merupakan kes kesembilan dilaporkan sejak empat tahun lalu iaitu lapan kes pada 2016.