Tubuh jawatankuasa khas tangani isu penyeludupan di sempadan

Iklan
Akhbar Satar - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji dan membanteras isu penyeludupan di sempadan negara.

Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata pendedahan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) mengenai ketirisan anggota polis yang bertugas disempadan negara bukan perkara baharu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau apa yang berlaku adalah kelemahan dan tiadanya integriti dari pegawai dan anggota yang membenarkan penyeludupan itu berlaku.

"Kita baharu bercakap soal beras dan barang subsidi negara yang diseludup keluar, belum isu besar seperti seludup dadah, pemerdagangan manusia dan senjata api bagi saya masalah ini amat-amat besar dan perlu penyelesaian total kerana

Iklan

kesan dan bahayanya kepada negara.

"Bayangkan jika penjenayah boleh sesuka hati keluar masuk sempadan itu bermakna negara ini tidak selamat. Walaubagaimanapun saya yakin PDRM di bawah Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dalam proses menyiasat dan menyelesaikan isu yang membelenggu negara sejak sekian lama ini," katanya kepada Sinar Harian.

ARTIKEL BERKAITAN: Amalan rasuah pihak berkuasa boloskan sempadan Malaysia-Thailand: SPRM

Iklan

Menurut Akhbar, kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) perlu menaik taraf cara dan kaedah pemantauan di sempadan.

"Kita ada teknologi dron selain guna CCTV (kamera litar tertutup) mungkin fikir cara nak pantau ataupun tutup semua laluan tikus yang wujud di sempadan negara khususnya di sempadan Malaysia dan Thailand," katanya.

Mengulas lanjut mengenai anggota polis yang bersubahat dengan penyeludup, kajian perlu dibuat bagi mengenal pasti punca mereka terlibat dengan rasuah.

"Apakah mereka itu sudah terlalu lama bertugas di sempadan atau ada masalah lain yang menyebabkan mereka sanggup mengkhianati amanah yang dipikul dengan bersekongkol dengan penjenayah," katanya.