Lantik Kok Lanas sebagai Exco Kelantan: Husam
Iklan
PASIR PUTEH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad yang melepaskan jawatannya sebagai ketua pembangkang wajar dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan, Senator Datuk Husam Musa berkata, bukan sahaja Md Alwi, ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain turut dilantik untuk menganggotai ahli-ahli lembaga milik kerajaan negeri.