Ular sawa baham kambing ditangkap
Iklan
Ular sawa ditangkap selepas menelan seekor kambing dalam kejadian tersebut
BATU PAHAT - Seekor ular sawa yang sedang membaham seekor kambing ditangkap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor dalam satu kejadian di Kampung Muhibah, Perserai di sini pagi tadi.
Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II Ridwan Gembur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Iklan
Iklan
"Kejadian berlaku di sebuah kandang kambing yang terdapat seekor ular sawa sepanjang 5.49 meter sedang menelan seekor kambing dianggarkan seberat 30kg.
"Bomba mengalami kesukaran untuk menangkap ular ini berikutan penjerut digunakan tidak muat untuk menjerut ular tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Iklan
Menurutnya, bomba hanya berjaya menangkap ular kira-kira 25 minit kemudian iaitu selepas reptilia itu mengeluarkan bangkai kambing yang ditelan.
"Ular ini kemudiannya dibawa ke balai sebelum diserahkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan selanjutnya. Operasi tamat pada jam 9.45 pagi,” katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>