Najib dipanggil ke Bukit Aman minggu ini
Iklan
Najib
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan hadir memberi keterangan di Bukit Aman minggu ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataannya yang berbaur fitnah terhadap Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming di media sosial.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya telah berhubung dengan Najib bagi membantu siasatan kes tersebut.
Iklan
Iklan
"Kor Ming juga akan turut dipanggil untuk memberi keterangan namun tidak memberitahu hari dan tarikh Pengerusi DAP Perak itu akan hadir ke Bukit Aman," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.
Pada 29 September lepas tular di media sosial mengenai hantaran yang dimuat naik di Facebook ‘Nga Kor Ming Super Fans Page’ yang didakwa mengajak kaum Cina membuat protes berhubung keputusan tidak membenarkan penggunaan tanda jalan dwi-bahasa di Selangor.
Iklan
Iklan
Kor Ming bagaimanapun menafikan beliau dan DAP terlibat dalam membuat hantaran itu dan menegaskan akaun itu sebagai akaun palsu yang menyamar mewakili dirinya dan parti itu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Surat Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, AGC"><meta itemprop="description" content="Surat Saravanan: Anwar serah kepada SPRM, AGC
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk meneliti surat yang diutuskan Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan berhubung dakwaan mengaitkannya dengan isu pengambilan pekerja asing, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Anwar berkata, beliau akan merujuk kandungan surat berkenaan kepada pihak berkaitan bagi memastikan siasatan dan proses pendakwaan berjalan mengikut bidang kuasa masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793895/berita/nasional/surat-saravanan-anwar-serah-kepada-sprm-agc
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Saravanan #AnwarIbrahim #SPRM"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-28T08:29:28.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P62S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb1k6ee"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb1k6ee"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb1k6ee"></script>