'Cukuplah rakyat Kelantan didera isu royalti minyak'
Iklan
Tuan Ibrahim Tuan Man
KUALA LUMPUR -"Cukuplah setelah sekian lama rakyat Kelantan didera berhubung royalti minyak,” kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, Ahli Parlimen Pas dari Kelantan turut melahirkan rasa dukacita terhadap kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkenaan isu royalti.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Guan Eng mengatakan Kerajaan Persekutuan sudah membayar royalti sedangkan kerajaan Kelantan masih belum menerima sebarang bayaran royalti sehingga sekarang.
"Apa yang disebut adalah pemberian wang ihsan. Wang ihsan kita tidak iktiraf sebagai royalti minyak. Perjanjian mengatakan Kerajaan Negeri Kelantan akan menerima royalti minyak. Kami menuntut supaya kerajaan menunaikan janji dan membayar royalti minyak kepada Kelantan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Iklan
Semalam Guan Eng berkata, isu bayaran royalti petroleum kepada kerajaan Kelantan perlu diselesaikan secara rasional tanpa melibatkan pertikaian mengenai istilahnya.
Menurutnya, paling penting bukan sahaja Kerajaan Pusat membuat pembayaran royalti petroleum lebih awal tetapi turut memenuhi permintaan daripada kerajaan Kelantan.
ARTIKEL BERKAITAN 'Wang ihsan RM15.7 juta bukan royalti minyak Kelantan'
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Banjir berulang hingga tiga kali, Anwar arah projek tebatan dipercepat"><meta itemprop="description" content="Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan kepada mangsa banjir di Kampung Melayu Subang, Shah Alam, selain mempercepat pelaksanaan projek tebatan banjir bagi mengurangkan risiko kejadian sama berulang, laor wartawan Sinar Harian, Ahmad Ismadi Ismail.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara projek yang perlu diberi keutamaan termasuk kerja-kerja pelebaran sungai, pembinaan kolam takungan tambahan serta pengorekan sungai yang kontraknya sudah dimuktamadkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803084/berita/nasional/banjir-berulang-hingga-tiga-kali-anwar-arah-projek-tebatan-banjir-dipercepat
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #banjir #banjirkilat #PPS"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T07:11:52.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P60S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt276y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt276y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt276y"></script>