Polis buru 13 individu dikehendaki
Iklan
KLUANG - Orang ramai diminta tampil membantu polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai 13 individu yang dikehendaki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membantu siasatan berhubung jenayah komersial di daerah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd Abduh Ismail berkata, kesemua individu berkenaan diperlukan bagi menyelesaikan kes-kes jenayah komersial yang telah dilaporkan di IPD berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Risikan dan Operasi, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Kluang iaitu Insp Muhd Hamzah Hamid.
"Pegawai berkenaan (Inspektor Muhd Hamzah) boleh dihubungi dengan menelefon 07-778 4222 atau 013-300 5680 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Iklan
Mohd Abduh berkata, 13 individu yang dimaksudkan adalah Teo Choon Kiat, 28, yang alamat terakhirnya di Taman Pandan Perdana, Kuala Lumpur; M Megadevan, 30, (Bukit Katil,Melaka), Halimah Marjohan, 34, (Johor Bahru, Johor) dan Mohd Omar Abdullah, 56, (Taman Sri Lambak, Kluang).
Turut dIkehendaki ialah Poon Wei Lun, 29, berasal dari Kajang, Selangor; Abdul Mohamad Hyehoman, 26 (Simpang Renggam, Johor); Nurul Atikah Ismail, 27 (Mersing, Johor); On Chee Siong, 28 (Muar, Johor) serta S Paramesvaran, 43 (Johor, Bahru, Johor).
Iklan
"Polis juga memburu S Ganesan, 43 dari Renggam, Johor; Azmi Mohd Yassin, 48 (Johor, Bahru, Johor); Farah Dilla Fadzil, 46 (Ipoh, Perak) dan akhir sekali Mohd Shakri Lin Abdullah, 45 (Cheras, Kuala Lumpur).
"Mereka ini dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes yang disiasat melalui Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 4(3), Akta Jenayah Komputer 1997, Seksyen 403 dan 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>