Yemen Care agih sumbangan di Yaman

Iklan
Aktivis Yemen Care menyantuni kanak-kanak yang tinggal di kem pelarian wilayah Ma’rib.

KUALA TERENGGANU - Pertubuhan Cakna Malaysia Yaman (Yemen Care) yang kini dalam misi kemanusiaan di Yaman sejak 25 Disember lalu telah berjaya mengagihkan sumbangan lebih 40,000 USD di wilayah Ma’rib.

Ketua delegasi, Abdul Rahman Che Mat berkata, jumlah itu termasuk pembelian keperluan makanan, agihan air bersih dan juga bekalan perubatan kepada mereka yang berada di kem pelarian di sana.

Iklan
Iklan

"Jumlah digunakan bagi keperluan asas makanan di kem ini ialah kira-kira sebanyak 30 USD yang diberikan kepada pelarian yang datang daripada luar Ma’rib iaitu daripada Sanaa,Raymah dan kawasan-kawasan yang lain.

"Kami anggarkan bantuan-bantuan ini dapat mereka gunakan lebih kurang sebulan. Bantuan ini dapat memberi manfaat kepada 500 keluarga di kem perlarian ini,” katanya.

Kanak-kanak ini menerima bantuan dari Yemen Care.

Iklan

Sehubungan itu Yemen Care berharap lebih ramai rakyat malaysia dapat menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban masyarakat Yaman.

Sementara itu, wakil ngo Golden Future, Ihsanul Farouq pula melahirkan rasa syukur kerana ini kali pertama pertubuhan mereka masuk ke Yaman.

Iklan

"Alhamdulillah team kami sampai di Ma’rib di kem Jufainah dan menyalurkan logistik untuk 350 keluarga. Ucapan terima kasih khusus kepada kawan-kawan Yemen Care yang telah bertungkus lumus membuka jalan di dalam misi kali ini.

"Kami sudah lebih setahun mencari jalan ke Yaman tapi tak dapat. Ahamdulillah kawan-kawan Yemen Care memberikan petunjuk untuk masuk ke Yaman.

"Alhamdulillah ternyata dengan izin ALLAH kami dapat masuk ke sana dan dapat menyalurkan sumbangan daripada kaum Muslimin di Indonesia.

"Harapannya agar kami dapat lagi bekerjasama dengan Yemen Care dan terus dapat membantu rakyat Yaman hingga Insya-ALLAH mereka kembali kepada kondisi yang lebih baik,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu meringankan penderitaan pelarian Yaman boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Pertubuhan Cakna Yaman Malaysia menerusi Maybank Islamic bernombor 562245510737.