Pelantikan Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah tidak sah

Iklan
Jabatan Air Negeri Sabah

KOTA KINABALU - Mahkamah Tinggi hari ini mengisytihar pelantikan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Datuk Amarjit Singh tidak sah kerana bertentangan dengan Seksyen 3 Enakmen Bekalan Air 2003.

Keputusan itu dibuat Hakim Ravinthiran R Paramaguru, berhubung kes difailkan oleh bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Yong Teck Lee yang juga Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) pada 19 Mac lalu bagi mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa pelantikan Amarjit pada Ogos tahun lalu tidak mengikut undang-undang.

Iklan
Iklan

Teck Lee dan seorang ahli perniagaan dari Tawau, Pang Thou Chung ketika memfailkan kes itu menyatakan bahawa pelantikan berkenaan bertentangan dengan Enakmen Bekalan Air Sabah 2003.

Seksyen 3 dalam enakmen itu menyatakan bahawa pelantikan jawatan kanan mestilah dalam kalangan anggota perkhidmatan awam.

Iklan
Iklan

Sebelum dilantik sebagai Pengarah JANS oleh kerajaan baharu Sabah yang diterajui Parti Warisan Sabah (Warisan), Amarjit bukan seorang anggota perkhidmatan awam. - Bernama