Tangani isu hidupan liar: Melaka perluas kawasan hutan kekal

Iklan
Gambar hiasan - Foto internet

MELAKA - Kerajaan Melaka merancang memperluaskan kawasan hutan kekal di negeri ini bagi mengatasi masalah konflik antara manusia dan hidupan liar seperti kera.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, langkah itu katanya dapat memberikan habitat kekal yang lebih luas terhadap haiwan itu, sekali gus mengelak mereka daripada mendekati dan mengganggu kawasan penempatan manusia.

Iklan
Iklan

Beliau mengulas laporan oleh Bernama, semalam mengenai isu berkenaan dan cara mengatasi masalah gangguan hidupan liar lain seperti babi hutan terhadap penempatan manusia kebelakangan ini.

Adly mengakui bahawa usaha memasang perangkap kera serta memindah hidupan liar itu bukanlah satu penyelesaian mutlak.

Iklan

"Kera banyak berkeliaran di kawasan kampung kerana penempatan haiwan itu tidak dapat diurus dengan baik.

Beliau berkata, selain daripada memasang perangkap kera, dalam jangka pendek, kerajaan negeri juga bertindak memindahkan kera ke hutan kekal di negeri jiran, namun ianya dilihat sebagai jalan penyelesaian bersifat sementara.

Iklan

Katanya, walaupun Melaka mempunyai kawasan hutan yang terhad, ini tidak bermakna bahawa tiada usaha untuk mewujudkan kawasan hutan kekal di negeri ini kerana turut menerima kehadiran binatang liar dari negeri lain.

Berdasarkan rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Melaka, rekod aduan gangguan kera di negeri ini bagi Januari hingga September 2019 adalah sebanyak 716 aduan.

Dari jumlah aduan tersebut, 268 aduan direkodkan di daerah Alor Gajah, 253 aduan di Melaka Tengah dan 195 aduan di daerah Jasin.

Sepanjang tempoh tersebut juga, sebanyak 2,552 ekor kera telah berjaya ditangkap. - Bernama