Mansuh sekolah vernakular: MCA persoal Guan Eng, Nie Ching membisu
Iklan
Wee Ka Siong
KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong hairan dengan sikap pemimpin DAP yang berdiam diri berhubung gesaan agar kerajaan menghapuskan sekolah vernakular.
Beliau turut menempelak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dilihat mendiamkan diri apabila isu tersebut dibangkitkan dalam Kongres Maruah Melayu (KMM) di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tindakan kepemimpinan tertinggi DAP yang diam membisu tanpa memberi komen terhadap resolusi itu dilihat agak pelik kerana DAP kini mempunyai kuasa untuk membantah perkara itu.
"Saya juga berharap rakan media meminta komen daripada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang. Mereka hanya membisu sahaja melibatkan isu ini.
Iklan
"Namun apa yang mengejutkan saya ialah kongres itu dianjurkan oleh universiti awam. Orang paling penting adalah (Menteri Pendidikan), Dr Maszlee Malik, timbalannya tidak lain tidak bukan, Nie Ching (Teo Nie Ching). Kenapa senyap sahaja?" soal Ka Siong.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu turut bertanya sama ada kata-kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada kongres itu dipersetujui oleh gabungan Pakatan Harapan (PH).
Iklan
"Anda menjadi kerajaan sekarang. Adakah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mewakili polisi kerajaan sekarang? Apakah pula pendirian mereka mengenai isu ini?” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Nurul Fatin Aqilah Rahim yang mewakili Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berkata, langkah menghapuskan sekolah aliran Cina dan Tamil itu penting demi perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Nurul Fatin berkata, sekolah vernakular boleh dimansuhkan sepenuhnya menjelang 2026.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>