Gerai burger tapi jual rokok seludup

Iklan
Antara premis yang digempur polis kerana disyaki menjual rokok seludup di sekitar Kampung Baru Subang, Sungai Buloh malam tadi.

SUNGAI BULOH - Gerai burger tetapi menjual rokok seludup. Itu antara taktik yang dikesan polis dalam operasi di sekitar Kampung Baru Subang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, operasi bermula jam 9.30 malam itu berjaya menyerbu empat premis.

Iklan
Iklan

"Sebanyak empat premis termasuk sebuah gerai menjual burger diserbu kerana disyaki menjual rokok seludup.

"Dalam operasi itu seramai tujuh warga asing terdiri daripada lima lelaki Indonesia dan dua lelaki Bangladesh berusia lingkungan 24 hingga 37 tahun ditahan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, hasil pemeriksaan di premis terbabit berjaya merampas sebanyak 1,114 pelbagai jenis rokok seludup.

"Kesemua warga asing terbabit juga dikesan tinggal melebihi masa yang ditetapkan di Malaysia," katanya.

Iklan

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967.