Budak lelaki jatuh dari tingkat 10 selamat

Iklan
Mangsa hanya mengalami luka kecil dan lebam.

BANGKOK - Seorang budak lelaki berusia empat tahun nyaris maut selepas terjatuh dari balkoni 10 tingkat setinggi lebih 30 meter di rumahnya di Nonthaburi, Thailand.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai tinggal bersama abangnya keluar ke kolam di blok pangsapuri mereka.

Iklan
Iklan

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilihat memanjat pagar kolam sebelum terjatuh dan ‘mendarat’ di bumbung gerai makanan dan meja plastik.

Menurut pengawal keselamatan bangunan itu, dia terdengar bunyi objek jatuh sebelum bergegas ke tempat kejadian dan melihat orang ramai mengerumuni berhampiran gerai makanan terbabit.

Iklan

"Mangsa beritahu tangan kiri dan kakinya sakit. Jadi kami minta dia terus baring sehingga bantuan perubatan tiba,” jelasnya.

Difahamkan, kanak-kanak itu hanya mengalami luka kecil dan lebam, malah dia dibenarkan keluar hospital keesokan harinya.

Iklan

Jurucakap polis, Pongchakree Reechakarunpong berkata, pihaknya menerima laporan hospital mengatakan mangsa tidak mengalami patah tulang.

"Bagaimanapun doktor akan memeriksa sebarang kecederaan dalaman, namun mereka yakin tiada kecederaan serius dialaminya,” katanya. - Agensi