Malaysia, Singapura bincang isu pertikaian ruang udara
Iklan
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah (kanan) yang juga Anggota Parlimen Kuantan bertanyakan persiapan pelajar menghadapi sesi persekolahan 2019 yang bermula esok ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Astana hari ini. -Foto Bernama
KUANTAN- Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata isu pertikaian ruang udara di antara Malaysia dan Singapura akan dibincangkan pada pertemuan beliau dan rakan sejawatannya dari republik itu Vivian Balakrishnan pada 8 Januari ini.
Katanya pertemuan itu adalah susulan daripada mesyuarat di antara Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean di Putrajaya semalam.
Iklan
Iklan
"Kunjungan (saya) ke Singapura adalah sebagai sambungan kepada pertemuan semalam. Ada beberapa isu (yang dibincangkan semalam), tapi isu yang perlu disegerakan ialah rancangan Singapura berhubung Lapangan Terbang Seletar yang akan melalui ruang udara Pasir Gudang, Johor.
"Saya yakin isu ini boleh dibincangkan dengan baik dalam mencari situasi menang-menang kepada kedua-dua negara," katanya kepada pemberita selepas bertemu pelajar Tingkatan Enam semester dua Sekolah Menengah Kebangsaan Astana, di sini hari ini.
Iklan
Iklan
Sebelum ini dilaporkan Malaysia membantah tindakan Singapura untuk melaksanakan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Lapangan Terbang Seletar berikutan langkah tersebut akan memberi impak besar kepada pembangunan di Pasir Gudang kerana wujud sekatan ketinggian struktur selain meningkatkan risiko terhadap Pelabuhan Pasir Gudang. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>