HANOI - Singapura mula menguatkuasakan undang-undang baharu bagi membanteras penyebaran berita tidak benar dan penipuan dalam talian semalam, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Undang-undang mengenai Perlindungan daripada Kepalsuan Online dan Manipulasi itu diluluskan Parlimen Singapura pada Mei, memperuntukkan individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga SG$100,000 (AS$72,100) atau dipenjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya, manakala syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga SG$1 juta.