KPM sedia bantu UMS
Iklan
Dr Maszlee pada sesi Townhall bersama warga UMS di Dewan Canselor hari ini. FOTO: BERNAMA
KOTA KINABALU - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, kementerian akan berusaha untuk membantu mempertingkat hubungan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan pihak industri.
Menjelaskan perkara itu, Maszlee berkata, UMS mempunyai kawasan yang cantik dan berpotensi untuk dibangunkan kerana mempunyai produk pelancongan.
Beliau berkata, dengan kehadiran hampir 1,000 pelancong setiap hari melawat UMS menjadikan universiti itu sebagai satu daripada tarikan destinasi pelancongan.
"Ia sekali gus memberi peluang pekerjaan kepada pelajar di universiti ini. Selain itu, kementerian juga mahu menjalankan kerjasama dengan universiti luar negara," katanya kepada pemberita selepas sesi Town Hall bersama pelajar UMS di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri Pendidikan dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob, Naib Canselor UMS, Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Mistirine Radin.
Maszlee berkata, kementerian juga akan berusaha membawa lebih ramai pelajar daripada negara ASEAN belajar di UMS agar universiti itu lebih dikenali di peringkat antarabangsa.
Terdahulu dalam sesi itu, Maszlee menyarankan kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan agar memberi peluang dan mengambil pelajar UMS untuk menjalani latihan amali di agensi berkaitan.
Beliau berkata, ia bagi memberikan pengalaman kepada pelajar untuk menguruskan masa dengan baik selain memberikan keyakinan kepada mereka menghadapi alam pekerjaan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>