Pindah calon PT3 jika kebakaran tak terkawal
Iklan
Aminolhuda menunjukkan cara memakai topeng muka dengan betul kepada pelajar di SMK Seri Kota Puteri 2 hari ini.
JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor akan mempertimbangkan untuk memindahkan 100 calon Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Puteri 2 jika kebakaran tapak pelupusan sampah haram di Taman Perindustrian Kota Puteri gagal dikawal.
Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, pemantauan berterusan dilakukan bagi memastikan langkah awal dapat diambil.
Iklan
Iklan
"Seandainya kebakaran tak boleh kawal memang terpaksa pindah seperti kes di Pontian sebelum ini.
"Ini penting bagi memastikan pelajar boleh menjawab peperiksaan dengan tenang dan tiada gangguan.
Iklan
"Jika sedang menjawab peperiksaan nak dipindahkan lagi susah jadi kita akan maklumkan awal," katanya pada sidang akhbar selepas meninjau SMK Seri Kota Puteri 2 di sini hari ini.
Tapak pelupusan sampah haram di Taman Perindustrian Kota Puteri itu, dilaporkan berlaku beberapa kali tahun ini dan terbaru sejak 27 September lalu memaksa pasukan bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran sehingga ke hari ini.
Iklan
Jarak Sekolah Kebangsaan Seri Kota Puteri 4 dan SMK Kota Puteri 2 dengan kawasan kebakaran tersebut sekitar 1 kilometer radius.
Dalam pada itu, Aminolhuda berharap isu kebakaran di tapak pelupusan haram itu diselesaikan segera bagi mengelakkan ancaman kepada kesihatan pelajar di sekitar kawasan tersebut.
Masuk hari ketujuh operasi pemadaman semalam, pasukan bomba dan penyelamat berjaya memadamkan 75 peratus daripada 2.42 hektar kawasan pelupusan sampah haram yang terbakar itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bapa, anak hidupkan seni tradisi Jawa"><meta itemprop="description" content="Hampir dua dekad mengabdikan diri memartabatkan seni budaya masyarakat Jawa, pengasas Kumpulan Tunas Warisan, Amar Abu, 65, kini mampu menarik nafas lega apabila perjuangannya mempertahankan warisan itu disambung oleh anak bongsunya, Mohd Nizal Amar, 21.
Bapa dan anak itu antara individu yang terus menghidupkan pelbagai seni tradisional termasuk gasing pangkah Johor, gamelan, tarian reog dan wayang kulit Jawa di Kampung Permatang Duku, Benut sekali gus memastikan khazanah budaya itu terus diwarisi generasi akan datang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792189/edisi/johor/bapa-anak-hidupkan-seni-tradisi-jawa
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KumpulanTunasWarisan
#Jawa #gamelan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-16T04:30:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/dTIv-1gWJu0RnLPaA/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=k3zczdkISjA295INE6O"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xay4rjy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="k3zczdkISjA295INE6O"></script>