Mursyidul Am Pas minta doakan Pesuruhjaya Pas Perlis

Iklan
Hashim (tengah) ketika ditemubual media.

KANGAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin turut meluangkan masa melawat Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd Shukri Ramli yang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar hari ini, sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk rawatan lanjut.

Hashim berkata, beliau berharap Mohd Shukri sembuh seperti sediakala dan meminta semua pihak mendoakan keadaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang berkenaan.

Iklan
Iklan

"YB Mohd Shukri ada banyak program pembangunan ummah yang sangat hebat di mana program berkenaan sedang dan akan berlangsung.

"Doa daripada semua pihak sangat penting bagi membolehkan Mohd Shukri sembuh dan dapat meneruskan cita-citanya membangunkan ummah," katanya ketika sidang media di lobi Hospital Tuanku Fauziah, Kangar hari ini.

Iklan

Menurutnya, langkah menghantar Mohd Shukri ke Hospital Sultanah Bahiyah, Kangar merupakan satu tindakan yang baik untuk memastikan beliau mendapatkan rawatan terbaik.

Mohd Shukri Ramli rebah ketika memulakan ucapan dalam ceramah muafakat Pas-UMNO di Dewan 2020 di sini, malam semalam.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira 10 malam itu, Mohd Shukri sebagai penceramah pertama sedang memperkenalkan nama-nama penceramah lain sebelum tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri.

Mohd Shukri diberi bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.