LTAT telah jalankan tanggungjawab, kata Mat Sabu
Iklan
Mohamad Sabu
SHAH ALAM - Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menegaskan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) menjalankan tanggungjawabnya seiring menjana pulangan yang mampan untuk ahli-ahlinya.
"Pengurusan LTAT hari ini mewarisi organisasi yang sarat pelbagai ketidakpatuhan serta kelemahan pengurusan, kesan kepimpinan yang tidak telus sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Iklan
Iklan
Beliau mengulas pengumuman dividen oleh LTAT yang menerima kritikan ramai selepas badan berkanun itu mengisytiharkan dividen sebanyak dua peratus bagi tahun kewangan 2018.
Beliau berkata, untuk LTAT mengisytiharkan dividen lebih tinggi, ia memerlukan pulangan yang baik hasil pelaburannya.
Iklan
Katanya, pelaburan tidak munasabah oleh kepimpinan terdahulu menyebabkan kurangnya pulangan untuk tahun ini.
"Sebagai contoh, LTAT menerima Pendapat Berteguran daripada Jabatan Audit Negara bagi Tahun Kewangan 2017. Jumlah keuntungan bersih LTAT pada 2017 diselaraskan kerana mengambil kira hasil jualan tanah yang belum dimuktamadkan.
Iklan
"Pendapatan bersih LTAT pada 2017 turun lebih 30 peratus daripada RM686.8 juta kepada RM459.5 juta,” katanya.
Katanya, kerajaan tidak gusar mengisytiharkan pulangan rendah kerana seiring kemampuan LTAT.
Keadaan itu, katanya, penting bagi melindungi simpanan ahli supaya tidak tergadai seperti semasa pentadbiran sebelum ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>