Lelaki maut dihempap dahan kayu balak
Iklan
KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki maut dihempap dahan kayu balak ketika sedang menebang pokok itu di atas bukit Hutan Simpan Hulu Paka dekat Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS) Dungun jam 3.35 petang semalam.
Mangsa, Nor Ahmad Hasmadi Mad Ya'acob, 27, yang berasal dari bandar Jerteh melakukan kerja-kerja menebang balak bersama rakannya sebelum dihempap batang pokok dianggarkan setinggi lebih 15 meter.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ketika kejadian, rakan mangsa telah turun dari bukit untuk menjaga jentolak manakala mangsa meneruskan kerja-kerja menebang pokok.
Katanya, rakan mangsa kemudian memanggil nama mangsa berulang kali kerana menyangka pokok itu telah habis ditebang namun tiada sahutan.
Iklan
"Rakan mangsa kemudiannya ke lokasi mangsa dan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri serta berlumuran darah pada bahagian kepala kerana dihempap dahan pokok balak.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan AMBS dan telah disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya,” katanya.
Iklan
Menurut Baharuddin, hasil bedah siasat di Hospital Dungun mendapati punca kematian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Sementara itu, menurut seorang lagi rakan mangsa, Mohd Kamarul Ramli, 29, ketika kejadian dia berada bersama kumpulan penebang lain yang turut melakukan aktiviti menebang pokok pada jarak kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian
"Tengah buat kerja tu, tiba-tiba kelindan (pembantu) dia (mangsa) datang kata arwah kena kayu. Saya terus matikan mesin tebang balak dan meluru ke lokasi mangsa. Saya tak berani tengok dekat sebab ada beberapa lagi rakan yang lain turut berkumpul dekat mangsa.
"Saya tunggu rakan-rakan bawa dia turun ke bawah bukit. Masa mula-mula sampai tu saya nampak dia bernafas lagi, cuma dia pejam mata. Kami angkat dia bawa masuk Hilux ke klinik berdekatan. Dia disahkan meninggal dunia sebaik tiba di klinik,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal" /><meta itemprop="description" content="Tapak pelupusan sampah terbakar, diselubungi asap tebal
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Pengguna jalan raya dinasihatkan lebih berwaspada ketika melalui kawasan pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan, Kuala Terengganu yang terbakar kerana jarak penglihatan di situ agak terhad, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.
Situasi bertambah buruk setelah kawasan tersebut dilanda hujan sekitar jam 1 tengah hari pada Sabtu menyebabkan laluan jalan raya bersebelahan kawasan kebakaran itu diselubungi asap tebal.
Tinjauan mendapati pengguna jalan raya terpaksa menyalakan lampu dan memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan tersebut.
Seorang peniaga, Hanisah Shafie, 48, berkata, kawasan itu diselubungi asap tebal selama hampir 20 minit sebaik ia dibasahi hujan kira-kira jam 12.50 tengah hari.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662859/Tapak-pelupusan-sampah-terbakar,-diselubungi-asap-tebal
#SinarHarian #beritasemasa #pelupusansampah terbakar #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T10:14:25.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEqm61cDWg1raoGSA/x120" /><meta itemprop="duration" content="P104S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xyarq" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xyarq"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor" /><meta itemprop="description" content="Peniaga kongsi rezeki jual siakap 70 sen seekor
BERITA SEMASA 4 MEI 2024
Peniaga hasil laut di Kampung Batu Hampar dekat Manir di sini berkongsi rezeki bersama pelanggan dengan menjual sebanyak 4,000 ikan siakap pada harga 70 sen setiap seekor, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim
Sabran Muzaffar Semlee, 28, berkata, jualan murah itu dilakukan bagi membantu golongan kurang berkemampuan untuk sama-sama menikmati sumber protein tersebut.
Menurutnya, gerai jualan itu mula diserbu seawal jam 6.30 pagi oleh pelanggan yang ingin mendapatkan harga yang ditawarkan RM2 bagi tiga ekor ikan.
Sabran Muzaffar berkata, jualan tersebut akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya sambutan diterima memberangsangkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/662802/Peniaga-kongsi-rezeki-jual-siakap-70-sen-seekor
#SinarHarian #beritasemasa #siakap70sen #kualaterengganu" /><meta itemprop="uploadDate" content="2024-05-04T08:36:07.000Z" /><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/WEp8C1cDVDt67F3Pk/x120" /><meta itemprop="duration" content="P191S" /><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=x8xy5n0" /><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="x8xy5n0"></script>