Letup ATM di JB: Suspek guna bahan letupan buatan sendiri

Iklan
Ismail Dollah

JOHOR BAHRU - Polis tidak menolak kemungkinan bahan digunakan bagi meletupkan mesin pengeluaran wang (ATM) di sebuah bank di Johor Jaya baru-baru ini merupakan buatan sendiri.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, bagaimanapun perkara itu hanya akan disahkan selepas menerima keputusan Jabatan Kimia terlebih dahulu.

Iklan
Iklan

"Kita telah hantar ke jabatan kimia tetapi belum dapat sebarang keputusan buat masa ini kita percaya ia buatan sendiri.

"Bukan letupan khusus ia buatan sendiri maksudnya bahan-bahan untuk membuatnya memang boleh dapat di luar,” katanya ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Perasmian Lapang Sasar Indoor Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut Ismail berkata buat masa ini pihaknya mengalami masalah untuk mengesan identiti suspek kerana semua kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan terbabit gagal mendapatkan wajahnya dengan jelas.

"Kita dah periksa semua CCTV. Semua tidak dapat gambar jelas sebab suspek memakai topi keledar (full face) untuk menutup seluruh wajahnya.

Iklan

"Tetapi kita tahu suspek ini bergerak solo (sendirian),” katanya.

Terdahulu dalam kejadian 22 September lalu Ismail memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung insiden letupan itu kira-kira jam 7.17 pagi.

Bagaimanapun katanya tindakan suspek itu tidak membuahkan hasil kerana dia tidak boleh mengeluarkan wang yang tersimpan dalam mesin ATM berkenaan.