8 bayi maut wad bersalin terbakar
Iklan
ALGIERS - Seramai lapan bayi maut dalam kebakaran di wad bersalin sebuah hospital di timur Algeria hari ini pada jam 3.50 pagi (waktu tempatan), kata perkhidmatan kecemasan.
Jurucakap perkhidmatan kecemasan, Kapten Nassim Bernaoui berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan 11 bayi, 107 orang wanita dan 28 kakitangan hospital dalam kejadian itu.