Tiada tempoh tepat bila Anwar akan ganti Tun M, kata Kadir

Iklan

KUALA TERENGGANU - Tiada tempoh tepat dinyatakan dalam mana-mana dokumen mengenai peralihan kuasa melibatkan Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bakal PM ke-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penasihat Khas Media dan Komunikasi Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin berkata, perkara itu hanya digembar-gemburkan menerusi media.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun katanya peralihan kuasa itu akan berlaku sebagaimana perjanjian sebelum ini.

"Kita yakin Perdana Menteri akan tunaikan janji bagi menyerahkan jawatan tersebut cuma masanya belum dinyatakan.

Iklan

Turut hadir pada majlis itu, Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.

A Kadir

A Kadir menjelaskan, terdapat lima janji yang dipersetujui pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Iklan

"Kalau kita tengok janji pilihan raya kita daripada asal usul Pakatan harapan adalah antara isu pokok. Pokoknya, Tun Mahathir Mohamad jadi Pengerusi PH membimbing pemimpin PH.

Sebelum ini, Anwar ketika ditemubual Bloomberg berkata, beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sekitar Mei 2020.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu turut dilaporkan berkata, beliau tidak akan terlalu cerewet mengenai tempoh tepat pengambilalihan jawatan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar jangka beliau dilantik PM tahun depan