KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel dikekalkan pada paras RM2.50, RM2.20 dan RM2.18 seliter buat masa beberapa hari ini, sehingga pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri, yang akan bermesyuarat pada 2 Januari 2019.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan akan memastikan harga yang paling optimum dan penetapan harga runcit produk petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama tahun baharu 2019.