Amanah kekal stabil: Mohd Anuar
Iklan
Mohd Anuar
SHAH ALAM - Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir menegaskan parti itu kekal stabil meskipun Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) beberapa kawasan dan sayap terbatal sebelum ini.
Menurutnya, proses pemulihan giat dilaksanakan ketika ini dan tempoh untuk mengukuhkan kembali parti dijangka tidak akan mengambil masa lama.
Iklan
Iklan
"Amanah mengesahkan laporan sebuah portal mengenai status sebahagian kawasan-kawasan dan sayap-sayap yang terjejas dalam parti ini.
"Namun begitu, ingin ditegaskan bahawa situasi ini tidak memberi kesan atau mengganggu proses pemilihan dan penganjuran Konvensyen Nasional 2019 Parti Amanah pada Disember hadapan.
Iklan
"Secara umumnya, kedudukan Amanah masih stabil di seluruh negara dan terus menerima keahlian baharu dengan jumlah yang tinggi setiap bulan,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Anuar berkata, penganjuran Taklimat Khas Organisasi 2019 pada 21 September 2019 seperti ditularkan hanyalah bertujuan untuk menjelaskan kedudukan sebenar dan memberikan kaedah penyelesaian kepada hadirin yang terdiri daripada kalangan Ketua dan Setiausaha Kawasan serta Sayap yang terlibat.
Iklan
"Segala pandangan dan kritikan hadirin telah diberi perhatian serta diterima baik kepimpinan Amanah untuk mengukuhkan parti ini.
"Berdasarkan respon hadirin, Amanah menjangkakan pemulihan ini tidak akan mengambil masa yang panjang untuk selesaikan,” katanya.
Terdahulu, sebuah portal kelmarin melaporkan sebanyak 148 AGM termasuk peringkat kawasan, sayap pemuda dan wanita Amanah dibatalkan di seluruh negara kecuali Sabah.
Laporan itu juga turut menyebut, daripada jumlah itu, sebanyak 81 terbatal membabitkan AGM peringkat kawasan manakala 32 AGM lagi Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) dan 35 AGM bagi sayap pemuda parti itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>