'Ketua adat jangan bangkit isu kaum, agama'
Iklan
KENINGAU - Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony mengingatkan ketua-ketua adat supaya tidak membangkitkan isu kaum atau agama kerana dikhuatiri boleh menimbulkan ketegangan dan menggugat keharmonian rakyat.
Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Malaysia berkata, ketua adat terdiri daripada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri serta Ketua Kampung perlu menjalankan tugas mengikut garis panduan yang ditetapkan Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah di bawah Kementerian Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah.