Jerebu di Sri Aman semakin baik, IPU turun mendadak
Iklan
Gambar fail - Foto Bernama
KUCHING - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman mencatatkan penurunan dengan drastik daripada kategori bahaya dengan bacaan 404 pada jam 8 malam semalam kepada tidak sihat iaitu 113 setakat jam 2 petang ini.
Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sehingga hari ini beberapa pendekatan telah diambil antaranya Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang telah bermula semalam sehingga esok.
Iklan
Iklan
"Tadi juga telah dijalankan operasi memadamkan kebakaran hutan dan tanah gambut di Kampung STC di sini dengan menggunakan khidmat helikopter MI-171 milik Bomba,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurutnya, pesawat Bombardier CL-415 milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) juga dalam perjalanan ke kawasan berkenaan untuk melakukan water bombing.
Iklan
Dua hari lalu, pesawat berkenaan sudah tiba di Kampung STC namun tidak dapat melakukan operasi pemadaman berikutan mengalami beberapa masalah teknikal serta sumber air dari sungai berdekatan juga tidak dapat digunakan.
Beliau berharap kerjasama daripada orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran secara terbuka kerana ia adalah perbuatan yang menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan tindakan.
Iklan
"Selain itu, kami memohon bantuan kepada sesiapa yang melihat asap, khususnya di kawasan tanah gambut untuk menghubungi pihak Bomba dengan secepat mungkin supaya api dapat dikawal dan dipadamkan dengan lebih awal dan ia tidak merebak,” tambahnya.
Ini adalah pertama kali Sri Aman berhadapan keadaan jerebu dan IPU melebihi 400. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RM17 juta untuk tanah, pampasan projek naik taraf jalan -Alexander"><meta itemprop="description" content="Sebanyak RM17 juta daripada keseluruhan kos RM70.6 juta bagi projek menaik taraf Jalan Lok Kawi-Sabindo diperuntukkan bagi pengambilan tanah dan bayaran pampasan kepada pemilik premis yang terjejas di sepanjang jajaran projek berkenaan, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, peruntukan itu melibatkan pampasan kepada 41 lot yang terkesan, termasuk struktur premis yang perlu diambil bagi membolehkan projek pelebaran jalan sepanjang 1.5 kilometer dilaksanakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789730/edisi/sabah-sarawak/rm17-juta-untuk-tanah-pampasan-projek-naik-taraf-jalan--alexander
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktaraf #AlexanderNantaLinggi #menterikerjaraya"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-28T07:53:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cxKTQ1gQ5_jmd6MBw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P107S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xastv8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xastv8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xastv8a"></script>