Kes bunuh: Lelaki warga emas ditahan

Iklan
Noor Azmi

AMPANG - Polis menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat satu wanita berusia 85 tahun yang dipercayai dibunuh di rumahnya Flat PKNS Jalan Tasik Tambahan 2 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, suspek berusia 61 tahun itu kini direman selama empat hari sehingga Isnin depan.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan laporan bedah siasat, punca kematian adalah disebabkan lemas.

"Perintah reman terhadap suspek adalah selama empat hari dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengetahui motif kejadian," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Iklan

Terdahulu, polis dimaklumkan kejadian terbabit kira-kira jam 5.32 petang daripada anak mangsa.

Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati mangsa dipercayai telah dibunuh di dalam biliknya dalam keadaan tangan diikat di belakang dan bahagian kepala ditutup dengan kain.

Iklan

Mayat mangsa kemudian telah dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk bedah siasat.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas dibunuh tangan diikat