250 sekolah di empat daerah di Perak ditutup

Iklan
perak

IPOH - Sebanyak 250 sekolah di empat daerah di Perak ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu bertambah buruk melanda kawasan berkenaan.

Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata, penutupan itu membabitkan 137 sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Larut Matang Dan Selama dan 71 sekolah di bawah PPD Kerian.

Iklan
Iklan

Selain itu, beliau berkata, ia turut melibatkan 38 sekolah di bawah PPD Kuala Kangsar dan empat sekolah di bawah PPD Hulu Perak.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Taiping berada pada paras tidak sihat iaitu 139 setakat pukul 7 pagi ini.

Iklan
Iklan

Hari ini, 303 sekolah di daerah Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk dan Perak Tengah dibuka semula berikutan kualiti udara di kawasan itu bertambah baik.- Bernama