Polis sahkan mangsa ditembak mati terlibat kes jenayah

Iklan
Laporan Sinar Harian 14 September lalu.

SHAH ALAM - Polis Selangor mengesahkan tiga lelaki yang maut selepas berbalas tembak dengan polis di Jalan Rawang-Batu Arang, Sabtu lalu terbabit dalam kes jenayah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, polis sudah mengenal pasti identiti tiga suspek yang terbunuh dalam kejadian itu berdasarkan laporan cap jari dari Jabatan Pendaftaran Negara hari ini.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek membabitkan dua lelaki berusia 31 dan 23 iaitu ahli kongsi gelap di Rawang selain seorang warga Sri Lanka berumur 40 tahun.

"Hasil semakan polis mendapati suspek berusia 31 tahun ini mempunyai 23 rekod jenayah lampau manakala dua lagi suspek masing-masing satu rekod jenayah.

Iklan

"Dua daripada tiga suspek yang berada di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan dipercayai terlebih dahulu melepaskan tembakan ke arah polis dan kita menjumpai pistol berhampiran kedua-dua suspek terbabit," katanya.

Noor Azam berkata, pihaknya turut meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita, G Moganambal, 35, beralamat di Taman Bayu Permai Rawang yang dilaporkan hilang sejak 14 September lalu.

Iklan

"Wanita ini ialah isteri kepada lelaki warga Sri Lanka terbabit dan kita mohon wanita ini tampil bagi membantu siasatan. Dia tidak berada di dalam kereta Volkswagen Polo ketika insiden berbalas tembak ini.

"Kita juga sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung status kewarganegaraan suami isteri terbabit yang didakwa pemastautin tetap (PR) di United Kingdom," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tembak mati tiga penjenayah

Dalam pada itu, katanya, sehingga kini sebanyak 72 kes samun bertopeng dalam rumah dilaporkan berlaku di negeri ini sejak Januari lalu.

"Seramai lapan lelaki dan empat wanita dengan 12 jumlah keseluruhan cedera dalam kejadian ini membabitkan nilai keseluruhan kerugian 3.3 juta," katanya.